Bengkel Maharat Taallum Berjaya Tingkat Kemahiran Pelajar

3

Program Bengkel  Maharat Taallum (Kemahiran Belajar)  telah dijalankan pada 15 Januari 2016, Jumaat pada jam  3.00 – 5.00 petang di Surau Ar-Raudah. Ustaz Nor Naemi Bin Md Som (Sarjana Psikologi dan Kaunseling, Universiti Kebangsaan Malaysia) telah memberikan motivasi, teknik kecemerlangan diri dan teknik pengurusan emosi  kepada para  pelajar tingakatan 3 dan 5 SMAN.

Program tersebut telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang kemaslahatan. Beliau telah memberi maklumat yang padat dan tips yang sangat berkesan kepada para pelajar. Antara perkongsian yang diberikan oleh beliau adalah teknik belajar menggunakan ‘Study Group’ yang mana amat berkesan kepada pelajar. Selain itu, beliau membantu pelajar  menguruskan emosi dan masalah peribadi.

Program ini telah dijalankan dengan baik. Pelajar telah didedahan dengan kemahiran membuat perbincangan kumpulan. Pelajar memberi kerjasama yang baik sepanjang program dan memaklumkan maklumat yang diberikan oleh penceramah tersebut dapat membantu mereka menggunakan teknik belajar yang berkesan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *