STIFIN bantu pelajar Tahfiz SMAN kenal potensi diri

Para pelajar tingkatan 1 merupakan perintis pertama silibus Kursus Bersepadu Tahfiz (KBT). Justeru bagi membantu para pelajar dalam menjayakannya, pihak sekolah telah mengadakan  program “STIFIN” pada 26 Mac 2016 yang lalu.

Program ini adalah merupakan salah satu inisiatif pihak sekolah bagi membantu kualiti dan mutu hafazan pelajar serta  membantu untuk meningkatkan pencapaian akademik murid-murid dalam suasana pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Selain itu, program ini  membantu setiap individu untuk mengenali potensi diri melalui personaliti diri daripada hasil  ujian STIFIN yang dibuat.

Program ini dikendalikan oleh salah seorang pengendali STIFIN iaitu Dr Azlan Adnan. Para ibu bapa yang turut hadir dalam program ini bersetuju program seperti ini perlu diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *