Sukantara Cungkil Bakat Pelajar

Pada 3 Oktober hingga 5 Oktober 2016, Sekolah Menengah Agama Nilai telah mengadakan aktiviti sukantara. Aktiviti yang dijalankan ialah melontar peluru, merejam lembing, melempar cakera, lompat tinggi dan lompat jauh. Penyertaan pelajar SMAN sangat memuaskan.

Terdapat banyak objektif daripada aktiviti ini, antaranya ialah mencungkil bakat-bakat baru bagi mewakili setiap rumah sukan pada Kejohanan Sukan Sekolah iaitu pada 23 Oktober 2016 di samping memenuhi masa-masa terluang para pelajar SMAN.

14517519_1451598921521852_2183561471922628461_n

Acara-acara sukantara ini telah dipertandingkan pada 14 Oktober 2016. Tempat pertama telah dirangkul oleh Rumah Merah dengan mata 387 manakala tempat kedua dengan mata 381 dirangkul oleh Rumah Biru. Tempat ketiga dirangkul oleh Rumah Hijau dengan mata 377 dan tempat keempat dengan mata 323, Rumah Kuning.

Tambahan lagi, pada 21 Oktober 2016 telah diadakan pemilihan wakil olahraga bagi acara pecut 100m, 200m dan 400m. Hal ini kerana bilangan bar bagi peserta larian tidak mencukupi iaitu hanya terdapat empat bar daripada kebiasaannya iaitu lapan bar.

sukantara Sman

Daripada dapatan ini, jelaslah keriangan dan kepuasan di wajah warga SMAN. Hal ini kerana sukan tahunan pada tahun ini agak lewat daripada kebiasaannya berikutan jadual aktiviti tahunan pada tahun ini agak padat. Semoga aktiviti ini dapat terus memberi semangat kepada para pelajar untuk sertai acara sukan bagi mewakili rumah sukan. Disediakan oleh : IAZ

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *