Workshop On Public Speaking Anjuran Kaunseling SMAN

Pada 24 September 2016  bersamaan pada hari Sabtu , pihak kaunseling Sekolah Menengah Agama Nilai telah menganjurkan satu bengkel iaitu Workshop On Public Speaking yang diuruskan oleh Tuan Zaini Bin Abdul Wahab yang telah dijemput oleh Puan Siti Suria Binti Bahrudin , guru kaunseling SMAN. Tuan Zaini seorang yang berkemahiran tinggi dalam bidang komputer .Bengkel ini telah disertai oleh pelajar tingkatan 4 seramai 43 orang . Bengkel ini juga telah berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari di perpustakaan Sma Nilai.

Pihak kaunseling telah menjemput beliau untuk memberi panduan tentang cara-cara membuat laporan dan kaedah penyampaian hasil laporan di hadapan khalayak ramai . Pada jam 8.30 pagi , para pelajar didedahkan dengan pelbagai tips untuk membentangkan hasil laporan di hadapan khalayak ramai . Terdapat bermacam cara yang mereka pelajari untuk membentangkan hasil laporan di hadapan khalayak ramai dengan lebih efisien dan berkeyakinan .

Seterusnya , para pelajar diberi tempoh untuk membuat pembentangan dan mencari maklumat yang berkaitan melalui internet . Para pelajar dibahagikan sebanyak 7 kumpulan iaitu 3 kumpulan dari pelajar lelaki dan 4 kumpulan dari pelajar perempuan. Mereka bekerjasama dan berganding bahu dalam membuat hasil pembentangan yang lengkap bagi membentangkannya di hadapan khalayak ramai .

Selepas itu , sesudah mereka menyelesaikan pembentangan mereka mengikut kumpulan yang telah dibahagikan, mereka dikehendaki membentangkannya di hadapan dengan mengaplikasikan tips yang telah didedahkan . Setiap kumpulan diwakili oleh dua orang wakil untuk membentangkan hasil pembentangan mereka di hadapan khalayak ramai . “Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk melihat bagaimana cara penyampaian kamu semua bukan semata mata melihat hasil daripada pembentangan kamu “ kata Tuan Zaini .

Akhir sekali , setelah semua kumpulan telah membentangkan di hadapan , Tuan Zaini memberikan pandangan , komen serta kritikan kepada semua ahli kumpulan agar dapat membuahkan hasil yang lebih baik pada masa akan datang . Bengkel tersebut tamat tepat jam 1.00 tengahari . Sebelum itu sesi bergambar bersama Tuan Zaini dan Puan Siti Suria diadakan . Tuan Zaini juga telah memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua para pelajar kerana telah berani tampil ke hadapan dan kesudian atas penyertaan para pelajar ke bengkel ini . Para pelajar berasa gembira dan juga berharap bengkel seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang. Disediakan oleh: NAZ

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *