Majlis Persaraan GPK 1 Ustaz Halim bin Othman

17620163_1661760380505704_6933433089886678746_o
Pada 31 Mac 2017 bersamaan hari Jumaat telah diadakan Majlis Persaraan Ustaz Halim bertemakan "Jasamu Dikenang Hingga ke Akhir Hayat". Biodata Ustaz Halim Nama : Abdul Halim bin Othman Tarikh lahir: 27 September 1962 Tempat lahir: Tanjung Malim Pendidikan : ISM Sains Komputer 1986 (IOWA USA), Dip Pend 1994 (UIAM) & Sarjana Pembangunan Sumber 2008 (UPM) Bil. Adik Beradik : 7 orang (anak ke-5) Hobi : Berdiam diri Cita-cita : Mencapai Keredhaan Allah Nama bapa : Othman bin Hj Dahlan N...
More

Majlis Keputusan SPM 2016

17342595_1640152732666469_8275054579822463752_n
Alhamdulillah, pada 19 Mac 2017 merupakan hari yang bersejarah bagi SMAN kerana telah tersenarai salah satu daripada sebuah sekolah yang mendapat lonjakan saujana dengan memperoleh 2.93 dengan jumlah calon SPM seramai 40 orang. Seramai 18 orang pelajar memperoleh 5A dan keatas. Semoga dengan kejayaan ini mampu menjadikan anak didik SMAN menjadi insan yang lebih bersyukur serta dapat menabur bakti sebagai hamba Allah yang taat kepadaNya. Amin. Berita gembira ini disambut baik oleh semua warga SMA...
More

Majlis Perasmian CSR Landskap Pembinaan Ladskap SMAN, YES! Politeknik dan IM4U

17155903_1628305937184482_727336277718408307_n
Pada 3 Mac 2017 bersamaan hari Jumaat telah diadakan Majlis Perasmian Majlis Perasmian CSR Landskap Pembinaan Ladskap SMAN, YES! Politeknik dan IM4U di Dewan SMA Nilai. Telah berlangsungnya Persembahan Nasyid, Ucapan pengetua SMA NILAI, Ucapan Perasmian oleh Pengarah Politeknik Nilai serta simbolik penyerahan Projek CSR Landskap dan Lawatan Tapak. Sekumpulan Pelajar Ladskap daripada politeknik Nilai telah menabur khidmat bakti membina landskap untuk SMAN. Kami pihak SMAN mengucapkan ribuan terim...
More

Merentas Desa MSSDNS 2017

16299086_1586250158056727_8625545549773634880_n
Pada 25 Januari 2017 telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa di SMK Bukit Kepayang seramai 24 orang yang terlibat dari SMAN. SMAN memperoleh tempat Ketiga Kategori Lelaki 15 dan dimenangi oleh Ahmad Solehuddin bin Shahril. Untuk pengetahuan beliau telah mencatatkan rekod 28.14.62 minit untuk larian sejauh 6 kilometer. Kejayaannya juga telah melayakkan beliau mewakili daerah ke peringkat negeri Rantau
More

Mesyuarat Agung PIBG kali-15 dan Majlis Anugerah Cemerlang 2016

16649443_1603357723012637_5777983189468288930_n
Pada 11 Mac 2017 telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16 dan majlis Anugerah Cemerlang 2016. Majlis gilang-gemilang ini telah diadakan di Dewan Terbuka SMAN dan telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato' Karim bin Mustafa (K.pegawai Eksekutif Yayasan pelajaran MARA). Seramai 57 orang pelajar telah mendapat anugerah cemerlang akhir tahun dan PT3 2016. Kejayaan ini diharap seiring dengan keunggulan syaksiah diri pelajar.
More

Demonstrasi Kejurulatihan mempertahankan diri Taekwon-do

16473173_1601155486566194_4777477939296011753_n
Pada 9 Februari 2017  telah berlangsungnya Demonstrasi Kejurulatihan mempertahankan diri Taekwon-do di Dewan Terbuka SMAN. Ianya telah disertai oleh semua pelajar SMAN dan dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SMAN. Para pelajar diberi pendedahan mengenai sukan mempertahankan diri ini. Pepatah arab ada menyebut  "Akal yang sihat itu ada pada badan yang sihat."
More

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas sesi 2017

16002852_1571661066182303_1040403291671756346_n
Pada jam 10 pagi, 13 Januari 2017 telah berlangsungnya Majlis Watikah Perlantikan Pengawas sesi 2017. Seramai 36 orang pengawas yang telah diamanahkan untuk menggalas tanggungjawab dalam usaha mewujudkan suasana yang baik dan "sifar disiplin" dalam kalangan pelajar SMAN. Barisan kepimpinan pengawas ini diketuai oleh Faris Na'im bin Mohd Dahan (Ketua Umum Sekolah) dan   Izzul Iman bin Mohd Awal (Ketua Umum Asrama). Dibantu oleh Anis Syamimi bt Md Ya'asin (Penolong Ketua Umum Sekolah) dan Nur Iman...
More