Dari Meja Pengetua

Bismillahirrahmaanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan keizinannya dapat menyiapkan laman web SMA Nilai. Saya juga amat berbesar hati kerana dapat menempelkan kata-kata di ruangan ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam mengakses laman web sekolah ini untuk tujuan mendapatkan dan berkongsi maklumat antara satu sama lain. Selain itu,laman web ini juga dapat membantu ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak mereka di sekolah ini dan dapat mengetahui segala aktiviti yang berjalan di sekolah ini.

Saya berharap agar laman web ini akan berkembang dari semasa ke semasa ia dapat melonjakkan nama SMA Nilai setaraf dengan sekolah-sekolah yang lain disamping membantu warga SMA Nilai untuk mengakses maklumat tentang aktiviti yang akan berlangsung pada masa yang akan tertentu. Dengan laman web ini semua guru dan pelajar boleh berinteraksi pada bila-bila masa yang dikehendaki. Jika guru atau pelajar berada di luar kerana aktiviti atau tugas, laman web ini akan dapat digunakan untuk menyampaikan maklumat dan mengakses maklumat dan aktiviti yang akan berlangsung di SMA Nilai.

Saya juga berharap agar laman web ini dapat berfungsi dengan berkongsi pelbagai aktiviti, kenangan dan pencapaian yang telah dicapai oleh warga SMA Nilai, keputusan PMR dan SPM dan pelbagai pencapaian di dalam dalam bidang akademik, sahsiah dan kurikulum.

Akhir kata saya berdoa semoga laman web ini akan menjadikan SMA Nilai lebih maju, inovatif dan kompetetif bagi mengharungi cabaran dunia digital yang semakin menjauhkan diri jika tidak dikejar dan disaingi.

Selamat maju jaya.

Terima kasih.