Logo & Makna

SMA Nilai

  • Warna kuning
    • Melambangkan sekolah ini mengamalkan kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara sesuai dengan prinsip Rukun Negara.
  • Warna hijau
    • Melambangkan pelajaran agama adalah asas dan tunggak utama dalam mendidik pelajar disamping pelajaran akademik yang lain.
  • Lambang obor
    • Melambangkan ilmu yang dipelajari akan menjadi panduan dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi.
  • Al-Quran
    • Sumber rujukan utama dalam mempelajari ilmu duniawi dan ukhrawi.
  • Al-Hadis
    • Sumber rujukan kedua dalam mempelajari ilmu duniawi dan ukhrawi.
  • Bintang 9 bucu
    • Melambangkan kedudukan sekolah ini berada di Negeri Sembilan.
  • Bulan sabit
    • Melambangkan Agama Islam.
  • Bunga padi
    • Melambangkan sahsiah yang tinggi dan terpuji seperti resmi padi “semakin berisi semakin tunduk”. Semakin berilmu, semakin takut kepada Allah dan semakin banyak ibadahnya.