Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1

Infografik Permohonan SMA Nilai 2017
Infografik Permohonan SMA Nilai 2017

Kuota Kemasukan

Kuota bagi kemasukan adalah terhad. Pihak SMAN akan memilih pelajar berdasarkan sistem meritokrasi, namun keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang memiliki kriteria berikut:
  1. Pelajar bersekolah rendah di Negeri Sembilan; atau
  2. Pelajar merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan; atau
  3. Salah seorang ibu atau bapa pelajar merupakan anak Negeri Sembilan; atau
  4. Pelajar telah bermastautin di Negeri Sembilan selama 10 tahun atau lebih.

Proses Permohonan

  1. Isi borang permohonan di e-MOHON di alamat http://mohon.sman.edu.my. Borang permohonan akan dipaparkan SELAMA SEMINGGU bermula hari pertama keputusan UPSR diumumkan (17 November 2016 - 24 November 2016).
  2. Cetak borang permohonan yang telah lengkap diisi.
  3. Hantar cetakan borang permohonan beserta salinan dokumen berikut yang TELAH DISAHKAN BENAR oleh Pengetua/Guru besar/pegawai kerajaan Gred A/Ketua Kampung, iaitu:
    1. Salinan MyKad/Sijil kelahiran pemohon
    2. Salinan MyKad ibu dan bapa / penjaga dan isteri penjaga pemohon
    3. Salinan keputusan UPSR
    4. Salinan keputusan UPKK/UPSRA/PSRA
    5. Salinan sijil berhenti sekolah
  4. Penghantaran cetakan borang permohonan dan salinan dokumen HENDAKLAH dihantar ke pejabat sekolah secara serahan tangan SAHAJA.
  5. Penghantaran melalui kaedah lain (contoh: kiriman pos, faks, atau e-mel) TIDAK AKAN DILAYAN.
  6. Jika mana-mana dokumen tidak disahkan, pemohon tidak mengisi borang e-SPK ATAU dokumen yang diperlukan tidak dihantar kepada pejabat sekolah melalui serahan tangan, maka permohonan TIDAK AKAN DILAYAN.
  7. Segala makluman berkaitan ujian, temuduga dan keputusan permohonan akan dipaparkan di laman web e-SPK (mohon.sman.edu.my). Pemohon diminta sentiasa peka dengan segala hebahan dan pengumuman.

Tarikh Penting

TarikhPerkara
17 November 2016Tarikh keputusan UPSR diumumkan. Borang permohonan mula dipaparkan di laman web e-MOHON.
24 November 2016Tarikh tutup permohonan di e-MOHON. (Jam 3.00 ptg)
24 November 2016Tarikh akhir penerimaan dokumen di pejabat SMA Nilai. (Jam 5.00 ptg)
1 Disember 2016Senarai nama pelajar yang layak untuk temuduga akan dipaparkan disini.
3 Disember 2016Temuduga dan Ujian Penilaian untuk calon perempuan. Calon diminta membawa pensel 2B, kelengkapan alat tulis lain dan senaskhah Al-Quran Terjemahan
4 Disember 2016Temuduga dan Ujian Penilaian untuk calon lelaki. Calon diminta membawa pensel 2B, kelengkapan alat tulis lain dan senaskhah Al-Quran Terjemahan
15 Disember 2016Keputusan permohonan diumumkan. Senarai nama pelajar yang terpilih akan dipaparkan di laman web e-MOHON dan surat tawaran boleh diambil di pejabat SMA Nilai.
2 Januari 2017Pendaftaran pelajar tingkatan 1 2017

Borang Permohonan

Borang permohonan boleh diisi di laman web e-MOHON.

Keputusan Kelayakan Temuduga

Keputusan kelayakan temuduga oleh disemak di sini.