Peraturan Pertandingan Menulis Artikel

pertandingan-penulisan-artikel

  1. Pertandingan ini terbuka kepada SEMUA warga SMA Nilai, di kalangan pelajar dan kakitangan.
  2. Pertandingan ini dijalankan bermula 26 NOVEMBER 2016 dan berakhir pada 4 DISEMBER 2016.
  3. Setiap peserta bebas menghantar seberapa banyak artikel, tiada had ditetapkan.
  4. Setiap artikel mestilah ORIGINAL dan ASLI. Sekiranya mana-mana peserta didapati menciplak artikel daripada mana-mana sumber, peserta tersebut akan tersingkir.
  5. Tema artikel adalah bebas, tetapi mestilah mempunyai nilai pengajaran yang boleh diambil.
  6. Artikel boleh ditulis dalam bahasa Inggeris, Melayu ataupun bahasa Arab.
  7. Setiap penyertaan perlu dihantar melalui e-mel kepada Emel Webmaster SMA Nilai.
  8. Selepas tarikh tutup, artikel yang terpilih akan dipaparkan di laman web SMA Nilai untuk penilaian pembaca/juri awam.
  9. Pemenang akan ditentukan berdasarkan isi (40%), gaya penulisan (40%), dan bilangan Like dan Share (20%) bagi artikel tersebut.
  10. Keputusan hakim adalah muktamad.

sendHantar penyertaan