Sejarah Sekolah

SMA Nilai mula dibina pada 5hb Mei 1973 yang dulunya dikenali dengan nama SMRA Nilai dan dirasmikan oleh Dato’ Seri  Utama Tan Sri Hj Mohd Isa Bin Hj Abdul Samad. SMA Nilai mempunyai tanah seluas 4,867 ekar.

SMRA Nilai sebelum mempunyai bangunan sendiri, hanya menumpang di Balai Raya Nilai dan murid-muridnya ketika itu berjumlah 40 orang sahaja. Pengetua SMRA Nilai yang pertama ialahUstaz Mohamad Yapis dan dibantu oleh 5 orang guru penolong.

Kini SMA Nilai telah dinaiktaraf menjadi sebuah sekolah menengah agama bantuan kerajaan di bawah pentadbiran Bahagian Pendidikan Islam, KPM dan juga Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Tahun 2010 merupakan tarikh yang bersejarah dimana nama SMRA Nilai telah ditukar dengan rasminya kepada SMA Nilai.

Semenjak penubuhannya sehingga kini, SMA Nilai telah diterajui oleh 11 orang pengetua iaitu:

  1. Ustaz Mohamad Yapis
  2. Ustaz Adnan Wok
  3. Ustaz Haji Mohd Ratha Haji Othman
  4. Ustaz Osman Sirin
  5. Ustaz Abdul Abdul Kudus Tahar
  6. Ustaz Haji Mohamad Surol Miri
  7. Ustazah Zawiah Ibrahim
  8. Ustazah Maliah Udin
  9. Ustaz Abdul Halim bin Othman
  10. Ustaz Jamil bin Othman
  11. Pn Hjh Suriyah bt Hj Ghazali (Terkini)

Pelbagai perubahan dan kemajuan telah dicapai baik dari segi prasarana dan pembangunan sekolah. Tahun 2010, SMA Nilai telah mencipta rekod PMR terbaik SABK Negeri Sembilan dan terbaik SPM pada tahun 2012 dan 2013. SMA Nilai jugatelah menerima Anugerah Lonjakan Saujana kerana mendapat pencapaian terbaik dalam peperiksaan SPM 2014.

Kini, enrolmen guru dan pelajar juga telah meningkat seperti yang berikut:

Perkara Bilangan Jumlah
Lelaki Perempuan
Guru 4 21 25
Staf 2 4 6
Pelajar 116 139 255
Kelas 8 8

Sekolah ini dilengkapi 1 bangunan utama meliputi pejabat pentadbiran dan beberapa bilik khas. SMA Nilai juga mempunyai 1 blok yang terdiri daripada makmal sains, bengkel KHB,  8 buah kelas dan 2 blok asrama  yang dapat menempatkan  150 orang pelajar.