Kursus Nuqaba SMAN

Program ini dilaksanakan pada  9 Januari 2016. Di samping itu, program ini dapat dijalankan dengan jayanya hasil kerjasama yang baik daripada para nuqaba’ dan murabbi. Antara tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para nuqaba’ cara mengendalikan usrah secara sistematik, medan perbincangan untuk menjadikan usrah menarik dan anti bosan. Selain itu, sebagai wasilah atau wadah untuk menambah ilmu dan bertukar pendapat berkaitan usrah. Pengisian yang telah diadakan sepanjang kursus ini adalah  LDK dan serba sedikit perkongsian pengalaman Ustaz Hazwan  dan Ustazah Sar Mastura kepada para nuqaba.

Kesimpulannya, program ini dapat berjalan dengan lancar hasil kerjasama para nuqaba dan murabbi. Namun demikian, program seperti ini perlu diadakan di luar sekolah bagi memberi pengalaman dan meningkatkan lagi komitmen  para nuqaba.

1 2 3 4 5 6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *