Minggu Taaruf wa Mahabbah Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 SMAN

4 – 5 Januari 2016  merupakan tarikh awal sesi persekolahan bagi setiap pelajar sekolah . Pada tarikh yang sama , terciptanya satu program yang diberi nama Taaruf Wa Mahabbah yang bertempat di Surau Ar-raudhah di SMAN. Pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 dan 4.  Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai kurikulum , ko-kurikulum , disiplin , asrama dan budaya sekolah. Selain itu, program ini membantu pelajar mengetahui hala tuju mereka dengan baik dan sempurna. Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat , ceramah, latihan nyanyian lagu sekolah untuk pelajar Tingkatan 1 dan aktiviti ice breaking.  Secara keseluruhannya, program ini dapat dijalankan dengan lancar dengan kerjasama guru-guru. Pelajar-pelajar juga memberi kerjasama yang baik dalam menjalankan kesemua aktiviti yang dirancang. Guru-guru juga memberi komitmen yang baik sepanjang program dijalankan. Disediakan oleh : NS

3 4 2 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *