Pengisian Program Jalinan Mesra oleh Pelajar Asrama

2

Pada 8 Januari 2016, Sekolah Menengah Agama Nilai telah mengadakan Program Jalinan Mesra Pelajar Asrama yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kauseling. Seramai 200 orang pelajar asrama yang terdiri oleh 100 orang pelajar asrama puteri dan 100 orang pelajar asrama putera telah menyertai program tersebut yang berlangsung pada jam 2.00 petang selepas selesai menunaikan Solat Zohor berjemaah di Surau Ar-Raudhah, SMAN.

1

3

Sebagai pembuka majlis, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMAN, Puan Siti Aminah Ngan bt Abdullah telah memberi sedikit taklimat mengenai peraturan asrama dan memperkenalkan barisan exco asrama yang terdiri oleh 10 orang exco pelajar aspuri dan 10 exco pelajar aspura.  Beliau juga telah memperkenalkan warden asrama putera dan puteri yang terdiri oleh 3 orang warden lelaki dan 2 orang warden perempuan. Lantaran daripada itu, Puan Aminah menjemput Ketua Umum merangkap  Ketua Asrama untuk memberi ucapan dan kata-kata aluan kepada adik-adik Tingkatan 1 yang mengambil Program Bersepadu Tahfiz SMAN.

4

Selepas itu, telah diadakan aktiviti team building antara pelajar aspura dan aspuri. Permainan telah  diadakan di surau sekolah bagi pelajar aspuri  manakala pelajar aspura diadakan di kantin sekolah. Permainan ini telah bermula pada jam 3.00 petang dan tamat pada 4.30 petang untuk memberi laluan kepada pelajar asrama untuk menunaikan Solat Asar berjemaah.

Jelas sekali tergambar kepuasan dan keriangan di wajah setiap pelajar asrama, baik pelajar aspuri mahupun pelajar aspura. Solat Asar berjemaah menjadi tanda telah tamatnya Program Jalinan Mesra Pelajar Asrama. Semoga semua pelajar asrama sekolah ini menjalinkan hubungan ukhuwah yang baik dan menjadi permulaan hari-hari di  Asrama SMAN. Disediakan Oleh: IAZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *