PERMOHONAN HANYA AKAN DIPROSES SEKIRANYA BORANG PERMOHONAN DAN SALINAN DOKUMEN YANG TELAH DISAHKAN DIHANTAR SECARA SERAHAN TANGAN KE POS PENGAWAL SMA NILAI ATAU SECARA KIRIMAN POS KE PEJABAT SMA NILAI
Kuota Kemasukan
Kuota bagi kemasukan adalah terhad. Pihak SMAN akan memilih murid berdasarkan sistem meritokrasi, namun keutamaan akan diberikan kepada murid yang memiliki kriteria berikut:
- Murid bersekolah rendah di Negeri Sembilan; atau
- Murid merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan; atau
- Salah seorang ibu atau bapa murid merupakan anak Negeri Sembilan; atau
- Murid telah bermastautin di Negeri Sembilan selama 10 tahun atau lebih; atau
- Murid tinggal di salah satu kawasan berikut: Bangi, Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Salak Tinggi, Sepang (Selangor).
Permohonan yang tidak menepati kriteria di atas tidak akan diproses oleh pihak sekolah.
Syarat Kemasukan
Pemohon mesti memenuhi syarat-syarat ini:
- Mampu membaca dan menulis jawi.
- Mampu membaca Al-Quran dengan lancar.
- Mengetahui asas bahasa Arab.
- Sekurang-kurangnya memperolehi 2A dan tiada D/E dalam Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tahun 5 dan Tahun 6 bagi subjek berikut :
- Bahasa Melayu – Pemahaman
- Bahasa Melayu – Penulisan
- Bahasa Inggeris – Pemahaman
- Bahasa Inggeris – Penulisan
- Matematik
- Sains
- Sekurang-kurangnya 6A dalam UPKK ATAU Jayyid Jiddan UPSRA/PSRA
Proses Permohonan
- Isi borang permohonan di e-MOHON di alamat http://mohon.sman.edu.my. Borang permohonan akan dipaparkan dalam tempoh yang dinyatakan di dalam jadual di bawah.
- Cetak borang permohonan yang telah lengkap diisi.
- Hantar cetakan borang permohonan beserta salinan dokumen *(wajib) berikut yang TELAH DISAHKAN BENAR oleh Pengetua/Guru besar/pegawai kerajaan Gred A/Ketua Kampung, iaitu:
- Salinan MyKad/Sijil Kelahiran pemohon
- Salinan MyKad Ibu dan Bapa / penjaga dan isteri penjaga pemohon
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah
- Salinan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tahun 5
- Salinan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tahun 6 (boleh dihantar selewatnya 30 Disember 2020)
- Salinan keputusan UPKK, UPSRA ATAU PRSA
- Salinan Pelaporan PBD
- Salinan Pelaporan PAJSK
- Salinan Pelaporan Segak
- Salinan Pelaporan Psikometrik
- Salinan Sijil Pencapaian j-QAF
- Salinan Sijil-Sijil Pencapaian yang berkaitan
- Penghantaran cetakan borang permohonan dan salinan dokumen HENDAKLAH dihantar secara serahan tangan ke pos pengawal atau melalui kiriman pos ke sekolah SAHAJA.
- Penghantaran melalui kaedah lain (contoh: faks, atau e-mel) TIDAK AKAN DILAYAN.
- Jika mana-mana dokumen tidak disahkan, pemohon tidak mengisi borang (mohon.sman.edu.my) ATAU dokumen yang diperlukan tidak dihantar kepada pejabat sekolah melalui serahan tangan / kiriman pos, maka permohonan TIDAK AKAN DILAYAN.
- Segala makluman berkaitan ujian, temuduga dan keputusan permohonan akan dipaparkan di laman web rasmi SMA Nilai (sman.edu.my). Pemohon diminta sentiasa peka dengan segala hebahan dan pengumuman.
Tarikh Penting
Tarikh | Perkara |
23 Oktober 2020 | Tarikh Borang permohonan mula dipaparkan di laman web e-MOHON. |
28 November 2020 | Tarikh tutup permohonan di e-MOHON. (Jam 4.30 petang) |
Tarikh akhir penerimaan dokumen di pos pengawal/pejabat SMA Nilai. (Jam 4.30 petang) | |
01 Disember 2020 | Senarai nama murid yang layak untuk temuduga akan dipaparkan di laman web rasmi SMA Nilai. |
05 & 06 Disember 2020 | Temuduga dan Ujian Penilaian untuk calon lelaki dan perempuan. Calon diminta membawa kelengkapan alat tulis. Al -Quran disediakan. |
30 Disember 2020 | Tarikh akhir penghantaran keputusan akhir tahun darjah 6 ke pos pengawal/pejabat SMA Nilai. |
5 Januari 2021 | Keputusan permohonan diumumkan. Senarai nama murid yang terpilih akan dipaparkan di laman web rasmi SMA Nilai. Surat tawaran dan dokumen lain boleh dimuat turun di ruangan berita laman web. |
19 Januari 2021 | Pendaftaran Murid Tingkatan 1 2021 |
Borang Permohonan
Borang permohonan boleh diisi di laman web e-MOHON.